- Mengikrarkan dengan lidah.
- Ditasdiqkan di dalam hati.
- Diperbuat dengan segala anggota serta mengikut Ijmak sahabat Nabi yang empat iaitu Abu Bakar, Omar, Osman dan Ali radilyalloh anhu.
بسم الله الرحمن الرحيم - ketahui olehmu hei Talib - bahawasanya tiada sah segala amalan itu melainkan dengan niat -seperti sabda Nabi s.a.w. - Innamal a,amaalu bin niat -ertinya senya sah segala amalan itu dengan niat jua - yakni tiada sah segala amalan, melainkan dengan niat. (anniatu bil qalbu bilasautin walaharfin - niat itu dengan hati tiada huruf tiada suara)
Maka tiada sah amalan sembahyang itu melainkan dengan niat jua - kerana niat itu salah satu daripada rukun sembahyang.
Kalau Tuan tahu! Apakah amalan yang paling tinggi sekali?
Amalan yang paling tinggi sekali ialah amalan Tauhid.
Dalam amalan tauhid ada berapa ilmu?
- Ilmu Tauhid.
- Ilmu Sifat.
- Ilmu Kalam.
- Ilmu Usuluddin.
- Ilmu 68 Aqoidul Iman.
Kalau awak orang tauhid dan ada belajar ini sifat, di mana adanya ini sifat sekarang?
Yang mana satu kalimah tauhid?
Bila orang syariat mengucap dua kalimah syahadat – dua fardhunya
- Ikrarkan dengan lidah.
- Tasdiq dalam hati.
Apa maksud ikrar, iaitu diakui.
Apa maksud tasdiq, iaitu dibenarkan.
Itu sebabnya orang-orang syariat tadi, apabila ia mengucap tadi, hatinya membenarkan apa yang diucapkan.
Maknanya, yang diucapkan itu betu pada syariatnya.
Tetapi, bila bawa pada Hakikat tadi, mana yang dikatakan ikrar dengan lidah dan tasdiq dalam hati?
Maknanya walaupun betul pada syariatnya, tetapi ia belum sampai kerana yang diucapkan itu baru cakapnya atau pun lafaz dengan mulut dan dibenarkn dengan hati sahaja.
Bila Syariat membawa kepada Hakikat, barulah kata-kata dia itu tadi dibenarkan diakuilah engkau akui ikrar dengan lidah, maknanya lidah yang TAJALI ZAT, SIFAT, ASMA, AF’AL.
Dibenarkan dengan hati – maknanya TUTUP MATA KEPALA – BUKA MATAHATI.
Itu pasal kita mahu tutup, bila tutup baru sama dengan matahati dan lidah yang tajali.
PERINGATAN!
BAHARU ALAM INI – Apa maknyanya!
Alam ini alam musyrikin, kita kena periksa satu persatu.
Kerana pada alam ini juga anjing, babi, ayam, itik, kerbau, lembu dan segala jenis haiwan, semuanya bernafas.
Kita pun bernafas juga! Kalau kita orang mukmin nafas kita sama dengan nafas dia (binatang) maka hidup kita tak berguna di sisi Allah.
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
Firman Allah Taala yang bermaksud! "Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk menyembahKu (Allah)." (Az-Zariyat: 56)
Dan lagi katanya! Dunia ini hanya sementara, Akhirat jua yang kekal.
Di mana tempat selamat itu?
Iaitu di akhirat.
INGATLAH SEBELUM KITA TERLAMBAT, MASIH ADA PELUANG LAGI BAGI KITA UNTUK MEMBELA NASIB KITA.
SEKIAN.