sembahyang dalam agama Islam terbahagi kepada sembahyang fardu dan sembahyang sunat. sembahyang fardu diwajibkan ke atas orang Islam sebanyak 5 kali sehari pada waktu-waktu tertentu. sembahyang fardu merupakan salah satu dari Rukun Islam.
Sembahyang fardhu yang wajib didirikan ialah solat
Waktu Sembahyang
Jadi bila kita sembahyang tadi, hendaklah kita serahkan balik kepada Ma’nawiyah.
- Kuasa serah kepada yang berkuasa.
- Kehendak serah kepada yang berkehendak.
- Ilmu serah kepada yang berilmu.
- Hidup serah kepada yang hidup.
- Dengar serah kepada yang mendengar.
- Lihat serah kepada yang melihat.
- Kata serah kepada yang berkata.
SEMBAH YANG. Ertinya sembahkan balik kepada yang empunya.
Bila sudah serahkan balik kepada yang empunya, adakah lagi barang-barang itu pada kita? Tak ada.
Itulah yang Tuhan katakan, Matikan diri kamu sebelum mati kamu. (muutu qobla anta muutu)
Nafsiyah 1
Salbiyah 5
Ma’nawiyah 7
Jumlahnya 13
Jalankan lah Rukun 13 – Pasal Ma;ani Sudah Serah.
Dengan Rukun 13 ini, jalankan lah kerja.
Pasal nak serahkan diri kepada tuhan yang hidup yang tak mati-mati.
Sebagaimana Firmannya Allah Taala dalam Surah Al-Furqan ayat 58 ,
وَتَوَكَّلْ عَلَى الْحَيِّ الَّذِي لَا يَمُوتُ وَسَبِّحْ بِحَمْدِهِ ۚ وَكَفَىٰ بِهِ بِذُنُوبِ عِبَادِهِ خَبِيرًا
Dan berserahlah engkau kepada Allah Tuhan Yang Hidup, yang tidak mati; serta bertasbihlah dengan memujiNya dan cukuplah Dia mengetahui secara mendalam akan dosa-dosa hambaNya;
Jadi apabila kita sudah belajar ini Nafsiyah, Salbiyah, Ma’ani dan Ma’nawiyah, maka kita boleh nyatakan kehendaknya waktu sembahyang ini tadi.
Jadi apabila kita dirikan sembahyang ini tadi, bukannya kita hendak baca-baca lagi. Nyatakan kehendaknya sifat Nafsiyah, Salbiyah, Ma’ani / Ma’nawiyah iaitu :
Kuasa engkau itu kuasa Aku.
Hendak engkau itu hendaknya Aku.
Ilmu engkau itu ilmunya Aku.
Hidup engkau itu hidupnya Aku.
Dengar engkau itu dengarnya Aku.
Pandang engkau itu pandangnya Aku.
Kata engkau itu katanya Aku.
Waktu engkau membunyikan nama Aku, adakah engkau itu Aku?
Nama Aku tetap Aku, nama engkau tetap engkau.
Mengapa nama Aku, engkau di situ?
Engkau ini lebih dahsyat daripada Firaun.
Allah Akbar. Allah Akbar kabiriro walhamdullillahi kasiro…………siapa itu?
Bukannya kita lagi di situ! Nama Aku tetap Aku, Nama engkau tetap engkau.
Allah Akbar itu nama Aku. Mengapa engkau ada di situ?
Apa macam?
Kalau kita bunyikan nama dia, kita pula di situ?
Itu yang dikatakan tadi, engkau lebih dahsyat dari Firaun.
Kerana FIRAUN mengaku dirinya Tuhan.
Kalau KITA mengaku diri kita Allah,
Rukun Sembahyang
Rukun Sembahyang 13 perkara, yang wajib ZAATIS SOLAT, DIRI SEMBAHYANG IAITU NIAT.
Siapa itu Zaatis Solaat?
Ingat ya saudara! Ini perkara bukan main-main.
Perkara ini sudah pun tercatit dalam kitab perukunan, tapi orang tak kesah saja.
19/9/96 – Nafsiyah – Salbiyah – Ma’ani – Ma’nawiyah melainkan orang islam yang memakainya.
Orang islam kalau tak memakai ini barang bukan islam.
Aku (Nabi) menangis umat Aku semua
Apa makna Qosod?
Iaitu menyahaja. Itu pada syariatnya.
Pada hakikatnya menyahaja diri buat kerja
Diri siapa?
Diri kita.
Maknanya bila kita menyahaja, tidak ada sesiapa yang suruh ataun menyuruhnya.
Apa makna Ta’red?
Menyatakan rukunnya. Itu pada syariatnya.
Pada hakikatnya menyatakan diri hadir.
Diri yang mana?
Diri yang di dalam.
Apa makna Ta’yen?
Menyatakan waktunya
Pada hakikatnya menyatakan diri naik saksi.
Di mana letaknya Qosod, Ta’red, Ta’yen? Adakah kita nak baca-baca lagi, bila sampai waktu nak sembahyang? Tidak.
Kalau tidak / macam mana? Di mana letaknya?
Iaitu bila kita kata, nawaitu usolli fardhol di situ lah letaknya, yang bermakna sahaja aku sembahyang.
Kalau kita mengikut dari segi syarak, tertib itu terletak yang terakhir.
- Berdiri betul
- Niat
- Takbiratul Ehram
- Faatihah
- Rukuk
- Ektidal
- Sujud
- Duduk antara dua sujud
- Duduk Tahiyat Akhir
- Membaca Tahiyat Akhir
- Selawat
- Salam
- Tertib
Adapun Rukun 13 ini terbahagi ia atas 3 bahagi.
Qosod – Menyahaja Aku Sembahyang. (Pada hakikatnya – Menyatakan menyahaja berbuat kerja.)
Ta’red – Menyatakan rukunnya. – kalau fardhu katakan fardhu – kalau sunat katakan sunat. (Pada hakikatnya – Menyatakan diri hadir.)
Ta’yen – Menyatakan waktunya. Kalau maghrib katakan maghrib – kalau isyak katakan isyak. (Pada hakikatnya – Menyatakan diri naik saksi)
Qalbi – Dua rukunnya.
- Niat.
- Tertib
- Takluk sifat Ilmu
- Niat dan tetib, kedua-duanya terbit daripadahati. Ditujukan pada Qosod. Ta’red, Ta’yen.
Qauli –
- Takbiratul Ehram
- Faatihah
- Membaca Tahiyat Akhir
- Selawat
- Salam
- Takluk sifat Samak
- Kelima-limanya terbit dari lisan. Bahagian bacaan.
Fe’li – Enam Sifatnya.
- Berdiri betul
- Rukuk
- Ektidal
- Sujud
- Duduk antara dua sujud
- Duduk Tahiyat Akhir
- Tertakluk sifat Basar
- Bahagian perbuatan / anggota.
Qalbi – Takluk sifat ilmu, dua rukunnya. Niat dan tertib.
Jadi apabila kita nak mengerjakan sembahyang sengan rukun 13 ini tadi hendaklah dengan ilmu.
Wal amalu bilaa amalin dholaalin syaadid. Bermula amal dengan tiada ilmu sesat yang amat sangat.
Wal ilmu bilaa amalin dhoolalin syaadid. Bermula ilmu dengan tiada amal sesat yang amat sangat.
Abu Hurairah berkata, Rasulullah mengajar aku dua jenis ilmu, satu daripadanya aku boleh nyatakan kepada orang ramai. (yang tersurat) dan yang satu , tidak boleh. Bila aku nyatakan nescaya leher aku dipotong orang (yang tersirat).
Itu pasal banyak orang yang tak mendapatnya. Tapi apabila kita nyatakan kepada orang-orang yang sembahyang itu, dia kata semua sudah tahu.
Bila kita tanya ! tahu apa?
Tahu cakap saja, tak tahu pada perbuatannya.
Jadi, apabila takluk kepada ilmu, bermakna kita tahu dan faham dari segi ceritanya dan perbuatannya.
Apa kita tahu, maka kita kerjakan lah rukun 13 ini tadi.
Bila kita nak menjalankan kerja sembahyang ini tadi, macam mana yang dikatakan niat dan tertib ini? (Ini bahagian hati)
Pasal apa saya tanya tuan / puan?
Pasal niat ini datangnya dari hati, susah huraiannya? Ini pasal kebanyakan orang bila sembahyang, dibaca-baca niat itu di dalam hati, (contoh; sahaja aku semn\bahyang maghrib tiga rakaat kerana Allah Taala) itu bukannya niat! Itu alih bahasa, daripada bahasa arab ke bahasa melayu, itu bukannya niat yang sebenarnya sebagaimana di kehendaki di dalam sembahyang.
Niat yang sebenar ialah, Zaatis solat, diri sembahyang iaitu NIAT.
Bagaimana menyatakan niat ini?
Apa erti niat?
Beritahu.
Niat itu di dalam hati. Itu hendak dinyatakan.
Mana dia?
ALLAH AKBAR – itulah niat tadi yang kita nak tahu.
TERTIB:
Bila kita kata tertib maknanya yang dulu di dahulukan dan kemudian dikemudiankan.
Bila kita berdiri sembahyang tadi, dia (ALLAH) dengan kita siapa dulu?
Dia dulu
Jadi, bila kita lafazkan saja ALLAH AKBAR, itulah niat.
Niat apa?
Iaitu niat yang hendak dinyatakan. BAR saja kita pun abis.
Siapa dulu? DIA LAH DULU. Kalau kita ada di situ macam mana?
Itulah kehendaknya tertib tadi, iaitu susunannya yang dulu di dahulukan yang kemudian di kemudiankan.
Macam mana dia dulu?
Mesti dia dulu pasal satu pun belum ada.
Kalau dia dulu, apa faraknya?
Mesti ada faraknya, bukan tak ada!
ALLAH AKBAR, itu baru dapat niat yang hurufiah, kita mahu niat sampai tak ada huruf tak ada suara.
Tak ada huruf pada apa?
Tak ada huruf pada Basar.
Bila ada tulisan, itu bermakna ada huruf.
Dia mahu tak ada huruf.
Bila ada huruf/tulisan maka dia tangkap.
Tak ada suara pada apa?
Tak ada huruf pada kalam.
ALLAH AKBAR. Laa harifin wala sautin ( Tiada huruf tiada suara)
Bagaimana nak menyatakan ini?
Mestilah ada ilmu dengan ilmulah baru kita dapat menyatakan niat dan tertib.
Kalau tidak ! maka niat itu tidak betul perletakannya.
Itu pasal yang ada orang mengatakan! Sudah niat buat apa nak baca-baca lagi?
Itu semua jawapan bagi orang yang tak ada ilmu.
Itulah yang awak tak tahu? Niat dalam hati.
Mana yang dikatakan niat, yang tiada huruf tiada suara, iaitu yang kamiliyah?
Niat yang tiada huruf tiada suara ini niat siapa?
Itu niat para wali.
Awak dapat niat para wali? Tidak!
Kebanyakan orang, cakapnya dapat, tetapi kerjanya tak dapat. (omong kosong saja)
NAWAITU USOLLI
Iaitu satu-satu perkataan yang membawa makna sahaja.
Pada hakikatnya DIRI BUAT KERJA.
Apa maksudnya : AKU INI – hendaklah engkau akui itu yang engkau sudah mengaku syahadah tadi.
AL A’MAALU BINNIAT
Bermula amal itu dengan niat.
Tetapi waktu niat, mesti kita lafazkan sebagaimana kehendaknya sifat Ma’ani, iaitu hendaklah dinyatakan hukum-hukum sifat Ma’ani. Pasal takut niat tadi putus.
Pasal apa niat itu jatuh pada Qalbi?
Pasal susunan/tertib. Pasal dia nak pergi niat zaatis solat ini tadi.
Iaitu yang dulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan.
Oleh sebab itu ia jatuh pada ilmu jadi dengan ilmulah kita mengerjakan ini sembahyang.
Apabila tidak ada ilmu, itulah yang terjadi beberapa kesilapan dalam penyembahan kita.
TERTIB:
Bila kita kata tertib, semuanya mesti mengikut peraturannya.
Tuan/Puan tengok lah sendiri, bila ikut tertib ini tadi, lutut sampai dulu ke lantai, tetapi yang ada tangan dulu sampai ke lantai, baru lutut. Betul ke? Macam tu!
Pasal apa jadi macam itu? Pasal tidak ada ilmu. Sembahyang ikut-ikut saja. Tak mahu usul periksa. Yang ada dah tua, kata putus pun tak tahu?
QAULI :
Jadi 5 rukun ini hendaklah kita takluk pada sifat saman. Pasal Qauli bahagian bacaan.
Bila sampai kepada bacaan ini, mengapa hati kita pergi ketempat lain?
Pasal apa?
Pasal dia tak ada sifat takluk.
Apa yang dikehendaki sebenarnya?
Bacaan ini mesti taklukan pada Samak.
Bila taklukan kepada Samak ini tadi, maka segala bacaan ini tadi, hendaklah kita dengar baik-baik. Barulah kita punya hati tadi, tidak merayau ke tempat lainnya.
Bila hati ke tempat lain apa maknanya?
Lalai.
(107:4) فَوَيْلٌ لِلْمُصَلِّينَ Fawaylun lilmusalleena
(107:5) الَّذِينَ هُمْ عَنْ صَلاتِهِمْ سَاهُونَ Allatheena hum AAan salatihim sahoona
Bila lalai, apa jadi?
FAWAILUL LIL MUSOLLINAL LAZII NAHUM AN SOLAATIHIM SAAHUN (Disediakan neraka wail bagi orang yang sembahyang / bukan orang yang tak sembahyang tapi orang yang sebahyang hatinya lalai. Apa macam?
Kata orang syariat, kalau nak khusuk sembahyang, dia suruh ingatkan tafsirannya.
Bukannya macam tu! Nak tau jawapannya?
Belajar lah!
Dah lah bodoh belajar pun tak mahu, itu yang dikatakan dalam cerdik ada bodohnya. Kalau kita tak belajar, kita akan bodoh selama-lamanya. Tapi kalau kita beajar, bodoh kita tak tahu sekejap sahaja sementara kita belum tahu.
FE’LI – Enam rukunnya – kerja perbuatan.
Mana kerja perbuatan?
Iaitu : Berdiri betul, Rukuk, Iktidal, Sujud, Duduk antara dua sujud, Duduk tahiyat.
Keenam-enam rukun ini tertakluk pada sifat Basar.
Macam mana berdiri betul?
Iaitu bagi orang yang lengkap anggota.
Contohnya macam askar berdiri tegak, menunggu kedatangan Agong.
Inikan pula Tuan awak nak lalu! Awak berdiri betul.
Ini Hakikat! Tau
Di mana berdiri betul?
Bila awak berdiri betul di mana awak berdiri tadi?
Iaitu di tanah NURRANI, baharulah cahaya Nur.
Bila awak sudah berdiri betul tadi lafaz saja, Nawaitu Usolli Fardhal Maghribi – bila sampai takbir ALLAH AKBAR – habis.
Pasal apa?
Pasal kita tau tertib, iaitu yang dulu kita dulukan, yang kemudian kita kemudiankan.
Maknanya sesudah dia (Allah) baru lah kita.
Bismillah hirroh maanir rohiim, Alhamdu lillahi robbil aalamin – barulah kita.
ITU LAH yang dikatakan naik lain bunyi – balik lain bunyi.
Naik – awak bunyi Allah Akbar
Balik – awak bunyi Bismillah hirroh maanir rohiim, Alhamdu lillahi robbil aalamin. Itulah kerja anggota ini tadi, memuji tuhannya.
Bila kata puji memuji – maka yang rukuk rukuklah, yang sujud sujudlah. Semua 13 orang yang di dalam sembahyang itu masing-masing memuji tuhannya.
Itulah yang dikatakan Allah Akbar kabiiro walhamdu lillahi kasiiro……
Iaitu “Allah Maha Besar dengan segala kebesarannya.
Itu semua tertakluk kepada puji.
Sesudah puji itu tadi, barulah anggota ini puji. Bismillah hirroh maanir rohiim.
Maknanya di
Bila tertib maknanya dia dulu.
HUWAL AWALUU WALAKHIRU WAL ZAHIRU WAL BATINU.
Awak habis! Baru ada ketetapan dia.
WAL AWALUU – awal dia, awal dia tiada permulaan, akhir tiada kesudahan.
WAL ZAHIRU WAL BATINU – apabila sebut Allah, zahir nama dia. BAR sahaja habis kita, itulah ketetapan.
DIA WUJUD DIA MAUJUD
Kalau kita juga di situ? Apa macam? Engkau lebih dahsyat dari Firaun.
Waktu sekarang! Di mana ini rukun 13?
Dia berada di alam Qalbi – Qauli – Fe’li.
Itu pasal dia kata takluk sifat Ilmu.
Iaitu samak, basar, kalam.
Sifat Ma’ani sifat apa?
Sifat Ma’ani ialah sifat takluk- Sifat memegang hukum.
- Sifat tanda.
- Sifat kuasa.
- Sifat puasa.
- Sifat meberi bekas.
Jadi kita ini tertakluk kepada Sifat Takluk. Sekarang kita kena jaga, pasal apa?
Pasal kita nak taklukkan waktu sembahyang.
Apa yang kita nak taklukkan waktu sembahyang?
Iaitu kita nak taklukkan samak pada samion. Basar pada basirun. Kalam pada mutakallimun.
Kalau awak taklukkan keluar – habislah dia.
PERINGATAN :
Walaupun awak tahu sifat ilmu / samak / basar / kalam dan awak tau sifat Ma’ani itu sifat tanda, tapi bila bunyi ALLAH AKBAR tak jaga hukum.
Bermakna awak sudah buang keluar, walaupun awak tahu jalannya rukun 13 ini.
Bagi orang yang tahu tadi, dia ada ilmu, barulah ilmu itu meliputi.
Jadi apabila bunyi Allah.
Ilmu balik pada Aalimun.
Samak balik pada Samion.
Basar balik pada Basirun.
Kalam balik pada mutakallimun.
Itu pasal, bila sampai BAR sahaja kita habis.
Bila bunyi saja ALLAH AKBAR – siapa yang kata?
Mutakallimun.
Siapa yang dengar dia kata Allah tadi?
Samion.
Siapa yang lihat Allah tadi?
Basirun.
Barulah yang kata – kata Allah.
Barulah yang dengar – dengar Allah.
Barulah yang lihat – lihat Allah.
Kalau Ma’ani juga di waktu itu, apa macam? Kita lah di situ.
Sekarang awak pergi ke mana saja, awak pegi kerja dia ikut pergi kerja. Awak pergi tandas dia ikut pergi tandas. Awak peri shopping dia pun pergi shopping sama.
Bila awak pergi shopping, sudah tepandang sesuatu barang yang boleh menawan hati, duit pula tak cukup nak beli, apa macam? Gambar sudah ada di dalam hati.
Bila sembahyang, takbir saja, dia sudah keluar gambar, apa macam?
Itu pasal disuruh jaga hukumnya.
Kerana tiap-tiap sifat Ma’ani yang berdiri dengan Zat yang wajibal wujud mewajibkan satu hukum.
Jadi, apabila kita ada ilmu, maknanya dengan ilmu inilah tadi awak melafazkan dari hati.
JADI – hati bekerja – nyawa bekerja – Roh bekerja keseluruhannya bekerja. Apa dia kata? Allah Akbar.
Bila tak belajar ini semua, apa macam?
Itu yang kebanyakkan orang yang sembahyang ini tadi, dia taklukkan keluar.
Padahal kehendaknya Ma’ani mesti balik pada Ma’anawiyah.
Pasal apa?
Pasal hukum sesuatu tidak ada.
Sifat Basar itu adalah makam yang paling tinggi sekali.
Bila dia lafaz ALLAH AKBAR. Kata Kalam.
Kata Samak aku ada dengar.
Kata Basar pula! Aku tengok tembok!
Pasal apa basar kata tembok?
Pasal hukum sesuatu tidak ada.
Pasal dia nak tengok Allah Taala dengan mata kepala, bukannya dengan matahati.
Itu pasal dalam bab nafi, dia kata nafi isbat, tetapi dia orang buat, nafi sebat.
Apa maksud nafi sebat?
Apa dia kata! Aku paling atas (kata Basar)
Bila dia dah nafi, aku tak nampak arak, aku pun sebat. Inilah golongan ahli tasauk bukan ahli tasauf.
ILMU – maknanya mengetahui bererti kita mengetahui apa yang kita nak kerjakn itu tadi.
TETAPI kebanyakkan ilmu itu tadi dia tidak taklukkan pada Aalimun. Apabila tidak takluk kepada Aalimun bererti ilmu dunia lah yang engkau dapat.
Apa pasal tertib terletak di bawah sekali?
Kerana baagian syariat mengikut susunan lahiriyah sahaja, dia tidak dapat ilmu perbuatannya.
Tetapi bagi orang Hakikat berlainan, Niat dan Tertib duduk di atas, iaitu bagi jalan penyembaan (Sembahyang).
Itu pasal bahagian Qalbi itu tadi dua rukunnya. Sedangkan yang lainnya ada yang
Pasal dua inilah yang suka lari tepat lain. Kalau banyak lagi, tak taulah! Sedangkan dua ini pun tak terjaga.
Itu pasal kita mesti ada ilmu bila nak mengadap tuhan ini tadi.
Bila kata ilmu adakah cukup dengan Syariat sahaja?
Tidak.
Ia mesti ada Tarikatnya, mesti ada Hakikatnya dan mesti ada Makifatnya.
Sekarang kita jaga hukum, bila sembahyang kita kena hukum.
Tahukah Tuan! Siapa itu Samak / Basar / Kalam?
Itulah wakil Tuan Rumah.
Bila tuan rumah sudah kena rasuah, apa macam?
Maka rumah akan tergadai.
SEKARANG KITA BELAJAR RUKUN 13
Bila datang seseorang kepada wak dan mengatakan kepada awak! Awak belajar rukun 13 belum sempurna lagi kata dia (orang itu tadi seolah-olah perli).
Apa awak jawab kata-kata itu!
Itulah yang saya suruh awak belajar pasal apa?
Pasal apabila awak bercaka dengn aya tadi, saya tahu awak tidak ada hukum sesuatu.
Sifat awak pun saya tahu. Penyembahan awak pun saya tau, kedudukan kalimah awak pun saya tau.
Kepada saudara dan saudari yang mengikuti pelajaran sembahyang ini – hendaklah dipelajari betul-betul – jangan main ikut-ikut – cariklah Guru Tauhid yang sebenar-benarnya – supaya dapat menepati kehendaknya sembahyang itu – iaitu yang wajib Zaatis solaah – siapa itu Zaatis solaah ? kajilah cukup-cukup – jangan cekup-cekup – nanti kamu rugi di dunia dan di akhirat.
Waktu-waktu sembahyang
- Sembahyang Zohor
Waktunya dimulai sejak matahari tergelincir ke barat dan berakhir di saat bayangan sesuatu benda itu sama betul panjangnya dengan benda itu.
- Sembahyang Asar
Waktunya dimulai setelah waktu Zohor habis, iaitu ketika bayangan sesuatu benda sama panjang dengan bendanya dan berakhir setelah terbenamnya matahari.
- Sembahyang Maghrib
Waktunya dimulai setelah terbenamnya matahari dan berakhir apabila mega merah telah hilang.
- Sembahyang Isyak
Waktunya dimulai setelah hilangnya mega merah sampai terbitnya fajar shadiq.
- Sembahyang Subuh
Waktunya dimulai setelah terbit fajar shadiq sampai terbitnya matahari.
Syarat wajib sembahyang:
- Islam
- Baligh
- Berakal
Syarat sah sembahyang:
- Suci badan dari dua hadas.
- Suci dari najis sama ada di badannya, di tempat solatnya, dan di pakaiannya.
- Menutup aurat.
- Menghadap qiblat (kecuali yang uzur dan tidak terdaya)
- Yakin masuk waktu solat.
Perkara-perkara yang membatalkan sembahyang:
- Keluar/kedatangan hadas.
- Berkata-kata dengan sengaja walau sedikit, atau ketawa.
- Makan/minum walau sedikit.
- Melakukan gerakan di luar gerakan sembahyang tiga kali berturut-turut(mutawaliyat).
- Berniat keluar dari solat (mufaraqah).
- Terkena najis yang tidak dimaafkan.
- Beralih arah dari kiblat dengan sengaja.
- Terbuka aurat dengan sengaja, atau tidak sengaja tetapi tidak segera ditutup.
- Berubah niat dari satu sembahyang ke sembahyang yang lain.
- Meninggalkan rukun sembahyang.
Perkara-perkara makruh semasa sembahyang
- Berpaling ke kiri atau ke kanan (kecuali ketika Salam).
- Memandang ke atas (mendongak).
- Berdiri menggunakan sebelah kaki sahaja.
- Berludah ke hadapan atau ke belah kanan.
- Berlebih-lebihan membongkok dan menundukkan kepala ketika rukuk.
- Bercekak pinggang.
- Menyinsingkan kain atau baju.
- Bersembahyang ketika hadir makanan (makanan dihidangkan).
- Bersembahyang ketika berasa hendak qadha' hajat (membuang air).
Bacaan-Bacaan Dalam Sembahyang
Takbiratu l-Ihram
Berdiri sambil mengangkat takbir
اللَّهُ أَكْبَرُ
Allah akbar
Allah Maha Besar. Segala puji bagi Allah. Tuhan Sekalian Alam.
Doa Iftitah
Al-Iftitah (Pembukaan) ialah bacaan pembukaan sebelum membaca Al-Fatihah dan mempunyai banyak pilihan untuk diamalkan.
Selesai membaca takbiratul ihram, tangan langsung disedekapkan ke dada. Yang kanan menghimpit tangan kiri, pergelangan sejajar dengan pergelangan menutup pusat. Kemudian membaca doa iftitah (doa permulaan dan atau doa pembuka) :
الله اكبر كبيرا والحمد لله كثيرا وسبحان الله بكرة واصيلا وجهت وجهي للذي فطر السموات والارض حنيفا مسلما وما انا من المشركين ان صلاتي ونسكي ومحياي ومماتي لله رب العالمين لاشريك له وبذلك امرت وانا من المسلمين
Allah Akbar kabiraw walhamdu lillahi kathiraw wasubhanallahhi bukratau waasila. Wajjahtu wajhia lillazi fataras sama wati wal ardha hanifam muslimaw wama ana minal musyrikin. Inna solati wanusuki wamahyaya wammamati lillahi rabbil'alamin. La syarikalahu wabiza lika umirtu wa ana minal muslimin.
Maksudnya:
Allah Maha Besar sebesar-besarnya. Dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya. Dan maha suci Allah siang dan malam. Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada Allah dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah. Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya pada Allah tuhan seru sekelian alam. Sekali-kali tidaklah aku menyekutukanNya . Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Muslim (Islam).
Membaca do'a iftitah hukumnya sunnat. (Selain doa tersebut di atas, masih ada doa'a-do'a iftitah yang lain yang biasa juga dibaca oleh Rasulullah s.a.w.).
Al-Fathihah
1:1 بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم
Bismillāhi r-raḥmāni r-raḥīm
In the name of Allah, the Most Beneficent, the Most Merciful:
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
1:2 الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِين
Al ḥamdu lillāhi rabbi l-'ālamīn
Praise be to Allah, the Lord of the Universe.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
1:3 الرَّحْمـنِ الرَّحِيم
Ar raḥmāni r-raḥīm
The Most Gracious, the Most Merciful.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
1:4 مَـالِكِ يَوْمِ الدِّين
Māliki yawmi d-dīn
Master of the Day of Judgment.
Yang menguasai hari pembalasan.
1:5 إِيَّاك نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِين
Iyyāka na'budu wa iyyāka nasta'īn
You alone we worship, and You alone we ask for help
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
1:6 اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
Ihdinā ṣ-ṣirāṭ al mustaqīm
Guide us to the straight path;
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
1:7 صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّين
Ṣirāṭ al-laḏīna an'amta 'alayhim ġayril maġḍūbi 'alayhim walāḍ ḍāllīn
The path of those whom You have favoured, not of those who have deserved Your anger, nor of those who stray.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.
Rukuk
Tunduk dalam keadaan 90 darjah
سبحان ربي العظيم وبحمده
Subahana rabbial 'azimi wabihamdih. (3 Kali)
Maksudnya:
Maha suci Tuhanku yang Maha Agong dengan sifat kepujiannya
Ik’tidal
Berdiri sambil membaca
سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَهْ. رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ
Sami'allah liman hamidah. Rabbana lakalhamdu mil assamawati wamil ardhi wamil a'maasyita min syai i'nba'du
Maksudnya:
Allah mendengar orang yang memujinya. Ya Tuhan kami, bagimu segala puji seisi langit dan bumi dan sebanyak yang Engkau kehendaki
Sujud
Tunduk hingga ke paras lantai
سبحان ربي الاعلى وبحمده
Subhana rabbiayal a'kla wabihamdih (3 Kali).
Maksudnya:
Maha Suci Tuhanku yang Maha Mulia dengan sifat kepujiannya
Duduk Antara Dua Sujud
Duduk seperti melutut
رَبِّ اغْفِرْ لِيْ رَبِّ اغْفِرْ لِيْ
وَارْحَمْنِيْ وَاهْدِنِيْ وَاجْبُرْنِيْ وَعَافِنِيْ وَارْزُقْنِيْ وَارْفَعْنِي
Rabbighfirli warhamni wajburni warfa'kni warzuqni wahdini wa'afini wa'kfu 'anni.
Maksudnya:
Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku, perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku.
Tahiyat Awal
التحيات المباركات الصلوات الطيبات لله. السلام عليك ايها النبي ورحمة الله وبركاته. السلام علينا وعلى عباد الله الصالحين. اشهد ان لا اله الا الله واشهد ان محمدا رسول الله
Attahiyatul mubarakatus solawatut taiyibatu laillah. Assalamu'alaika aiyuhan nabiyu warahmatullayhi wabarakatuh. Assalamu'alaina wa'la 'ibadillahis salihin. Asyahadu alla illaha illallah. Wa'asyhadu anna Muhammadar Rasulullah. Allahumma solli'ala Muhammad wa'ala aliMuhammad.
Maksudnya:
Salam dan sejahtera, sembah bakti dan segala kebaikan bagi Allah. Salam atasmu wahai Nabi dan rahmat Allah dan keberkatanNya. Demikian pula mudah mudahan dianugerahkan kepada kita dan kepada segenap hamba-hambaNya yang soleh. Aku mengaku bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah. Dan aku mengaku bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Ya Allah berilah rahmat dan kesejahteraan kepada junjungan kita Nabi Muhammad dan keluarga Muhammad.
Tahiyat Akhir
التحيات المباركات الصلوات الطيبات لله. السلام عليك ايها النبي ورحمة الله وبركاته. السلام علينا وعلى عباد الله الصالحين. اشهد ان لا اله الا الله واشهد ان محمدا رسول الله. كما صلي على ابراهيم وعلى ال ابراهيم. وبارك على محمد وعلى ال محمد. كما بركت على ابراهيم وعلى ال ابراهيم. في العالمين انك حميد مجيد
Attahiyatul mubarakatus solawatut taiyibatu laillah. Assalamu'alaika aiyuhan nabiyu warahmatullayhi wabarakatuh. Assalamu'alaina wa'la 'ibadillahis salihin. Asyahadu alla illaha illallah. Wa'asyhadu anna Muhammadar Rasulullah. Allahumma solli'ala Muhammad wa'ala aliMuhammad.
Maksudnya:
Salam dan sejahtera, sembah bakti dan segala kebaikan bagi Allah. Salam atasmu wahai Nabi dan rahmat Allah dan keberkatanNya. Demikian pula mudah mudahan dianugerahkan kepada kita dan kepada segenap hamba-hambaNya yang soleh. Aku mengaku bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah. Dan aku mengaku bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Ya Allah berilah rahmat dan kesejahteraan kepada junjungan kita Nabi Muhammad dan keluarga Muhammad. Seperti apa yang telah Engkau anugerahkan kesejahteraan kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad. Seperti yang Engkau berkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Tinggi.
Memberi Salam
Berpaling ke kanan kemudian ke kiri
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ، السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ .
Assalamualaikum warahmatullah
Ertinya:
Sejahtera dan rahmat untukmu semoga dirahmati Allah.
Doa Qunut
الله اهدني فيمن هديت. وعافني فيمن عافيت. وتولني فيمن توليت. وبارك لي فيما اعطيت. وقني شرما قضيت. فانك تقضي ولا يقضي عليك وانه لايذل من واليت. ولايعزمن عاديت تباركت ربنا وتعاليت. فلك الحمد على ما قضيت. واستغفرك واتوب اليك. الله صلى على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد.
Allah humah dini fiman hadait.
Wa'a fini fiman 'afait.
Watawallani fiman tawalait.
Wabarikli fimaa a'tait.
Waqinii syarramaa qadzait.
Fainnaka taqdhi wala yuqdha 'alait. Wainnahu layadziluman walait. Walaa ya'izzuman 'adait.
Tabaa rakta rabbana wata'alait.
Falakalhamdu 'ala maaqadzait.
Astaghfiruka wa'atubu ilaik.
Allahumma salli alaa Saidina Muhammad Waalaa alii Saidina Muhammad (2 kali)
Maksudnya:
Tuhanku, pimpinlah aku bersama orang yang telah Engkau pimpin. Dan afiatkanlah aku bersama orang yang telah Engkau beri. Dan peliharalah aku seperti orang yang telah Engkau pelihara. Dan anugerahilah aku seperti orang yang telah Engkau anugerahi. Dan lindungilah aku dari perkara yang telah Engkau qadhakkan. Kerana Engkau yang menghukum bukan Engkau yang dihukum. Tidaklah hina orang yang telah Engkau muliakan. Tidaklah mulia orang yang telah Engkau hinakan. Amat berkat Engkau hai Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Maka bagiMu pujian atas apa yang telah Engkau hukumkan. Ampunilah aku dan maafkanlah aku. Dan Allah limpahkanlah rahmat dan sejahtera kepada junjungan Nabi Muhammad yang ummiy dan keluarganya serta sahabatnya.
Jika anda menjadi imam, kalimah-kalimah berikut hendaklah dibaca dan ditukar, manakala orang-orang yang menjadi makmum tidak perlu membaca pada kalimah kalimah tersebut, makmum hanya perlu menadah tangan serta menyambutnya dengan Amin sahaja.:-
"Allah humah dini" kepada "Allah humah dina"
"Wa'a fini" kepada "Wa'a fina"
''Watawallani" kepada "Watawallana"
"Wabarikli" kepada "Wabariklana"
"Waqinii" kepada "Waqina"
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.
Renungkan hadis Rasulullah SAW di bawah :
Saad bin Abi Waqas bertanya Rasulullah SAW mengenai orang yang melalaikan sembahyangnya maka jawab baginda "Iaitu mengakhirkan waktu sembahyangnya dari waktu asalnya hingga sampai waktu sembahyang lain. Mereka telah mensia-siakan dan melewatkan waktu sembahyangnya, maka mereka diancam dengan neraka wail".
Ibn Abbas dan Said bin Al-Musaiyib turut mentafsirkan hadis di atas "Iaituorang yang melengah-lengahkan sembahyang mereka sehingga sampai kepada waktu sembahyang lain, maka bagi pelakunya jika mereka tidak bertaubat Allah menjanjikan mereka neraka jahanam tempat kembalinya".
Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda "Sesiapa yang mengumpulkan dua sembahyang tanpa ada halangan, maka sesungguhnya dia telah memasuki pintu besar dari pintu dosa-dosa besar". (Riwayat Al-Hakim)