Zakat

Zakat (زكاة) (dari kata tazakka - mensucikan) ialah derma yang wajib diberikan orang Islam yang mampu kepada 8golongan (asnaf) yang berhak menerimanya. Ia merupakan rukun ketiga dari Rukun Islam.

Jenis-jenis

Zakat terbahagi kepada dua jenis iaitu:

  • 1.Zakat Fitrah
  • 2.Zakat Harta

Zakat fitrah dibayar pada bulan Ramadhan sahaja dan sebelum solat sunat Aidilfitri. Manakala zakat harta boleh dibayar pada bila-bila masa. Kadar zakat harta ialah 2.5% dari jumlah harta. Ianya bermaksud segala harta benda kita, 2.5% dari harta kita itu adalah bukan hak kita, ianya hak golongan 8 asnaf yang layak menerima zakat dari kita.

Zakat harta di Malaysia

Zakat harta terdiri dari:

  • Zakat Pendapatan
  • Zakat Wang Simpanan
  • Zakat KWSP
  • Zakat Saham
  • Zakat Emas
  • Zakat Perniagaan
  • Zakat Ternakan
  • Zakat Tanaman

Golongan yang layak menerima Zakat

Zakat ini mesti dibayar kerana ia akan digunakan untuk kerja kebajikan seperti memberi bantuan kepada 8 gologan asnaf yang berhak untuk menerima wang zakat. 8 golongan adalah:

  • 1.Fakir - Orang yang tidak berharta serta tidak mempunyai pekerjaan sama sekali, atau orang yang mempunyai harta dan pekerjaan tetapi tidak dapat menampung keperluan hariannya. Contoh, keperluannya sehari ialah RM 10.00 tetapi dia hanya ada RM 2.00 sahaja.
  • 2.Miskin - Orang yang mempunyai harta tetapi tidak mencukupi keperluan hariannya. Contoh, keperluan hariannya RM 10.00, tetapi dia hanya ada RM 7.00 sahaja.
  • 3.Amil - Orang yang ditugaskan oleh pemerintah mengutip/mengagih zakat.
  • 4.Muallaf - Saudara baru memeluk Islam
  • 5.Riqab/Hamba - Hamba yang menebus dirinya secara ansuran.
  • 6.Al-Gharimin - Orang yang menanggung hutang dan tidak mampu untuk menyelesaikanya
  • 7.Fisabilillah - Orang yang berjuang di jalan Allah.
  • 8.Ibnus sabil - Musafir yang terputus bekalannya semasa di perantauan

Selain dari golongan 8 asnaf ini TIDAK LAYAK untuk menerima wang zakat.

Pusat Zakat di Malaysia

Di Malaysia terdapat beberapan pusat zakat yang telah diswastakan. Antaranya:

  • Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP)
  • Lembaga Zakat Selangor (LZS-MAIS)
  • Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ)
  • Pusat Urus Zakat Pulau Pinang (PUZ)
  • Pusat Zakat Melaka (PZM)
  • Pusat Zakat Negeri Sembilan (PZNS)

Pusat zakat yang masih lagi dibawah kelolaan kerajaan negeri adalah:

  • Perak - Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak
  • Kedah - Jabatan Zakat Negeri Kedah
  • Perlis - Majlis Agama Islam Perlis
  • Johor - Majlis Agama Islam Negeri Johor
  • Sabah - Majlis Ugama Islam Sabah
  • Sarawak - Tabung Baitulmal Sarawak
  • Terangganu - Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu
  • Kelantan - Majlis Agama Islam Kelantan