Percaya Kepada Qodo' dan Qadar

Percaya kepada qodo' dan qadar adalah mempercayai bahawa segala yang berlaku adalah ketentuan Allah semata-mata.

Iaitu penentuan atau penetapan - dan perlaksanaan untung baik dan untung jahat daripada Allah Taala.

seperti Firman Allah Taala -
ان كل شيئ خلقناه بقدر
(Inna kulla syaien holaqnaahu biqodarin – ertinya segala-galanya kami jadikan Qadar)


sabda Nabi Muhammad s.a.w. –

كل شيئ بقضاء وقدر (Kulla syaien bi qodoo’e waqodarin – ertinya tiap-tiap sesuatu dijadikan dengan Qodo’ dan Qadar)


Sebagai seorang Islam wajiblah kita sedar bahawa kita adalah makluk yang lemah, bahawa Allah itulah yang maha Perkasa dan maha Berkuasa dan segala sesuatu adalah berlaku dengan ketetapanNya sahaja. Lantaran itu kita wajib beriman kepada takdir, bahawa segala sesuatu telah ditentukan oleh Allah.

Walaupun begitu kita masih boleh berusaha dan berdoa kerana dengan limpah rahmatnya, Allah mampu mengubah takdir kita.