Mengenai Islam

Syarat Islam empat perkara
  1. Sabar atas hukum Allah.
  2. Redha akan Qodo Allah.
  3. Ikhlas hatinya menyerah diri kepada Allah Taala.
  4. Mengikut akan Firman Allah Taala dan Sabda Rasuululloh s.a.w. serta menjauhi segala laranganNya.
Yang membinasakan Islam empat perkara
  1. Berbuat sesuatu perbuatan yang tidak diketahui.
  2. Diketahui tiada diperbuat.
  3. Tiada mahu belajar dengan orang alim.
  4. Mencela orang-orang yang berbuat baik kepada Allah - serta diharuskan pekerjaanNya.

Tanda Islam empat perkara
  1. Merendahkan diri.
  2. Suci lidahnya daripada dusta.
  3. Suci badannya daripada loba dan tamak.
  4. Suci perutnya daripada makanan haram.