Percaya Kepada Kitab

Orang Islam percaya bahawa Allah telah menurunkan kitab-kitab kepada para nabi dan rasul untuk membimbing manusia ke jalan yang benar. Ia diakhiri dengan kitab Al-Quran.

kitan-kitab yang wajib diimankan adalah :

  1. Taurat diturunkan kepada Nabi Musa a.s. dalam bahasa Ibrani.
  2. Zabur diturunkan kepada Nabi Daud a.s. dalam bahasa Kibti.
  3. Injil diturunkan kepada Nabi Isa a.s. dalam bahasa Siryani.
  4. Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. dalam bahasa Arab.

Orang Islam percaya bahawa pada masa kini, kitab-kitab selain Al-Quran telah diubahsuai mengikut kehendak pihak-pihak tertentu ; maka ia bukan lagi merupakan naskah-naskah yang tulen. Al-Quran menyempurnakan segala kitab-kitab yang terdahulu.

Kitab Alquraanul Karim - kitab terakhir - semulia-mulia kitab Allah berisi kesimpulan daripada,

  1. Tauhid urusan kepercayaan terhadap tuhan - Allah.
  2. Wa ad dan wa ed - urusan perjanjian Allah - baik dan buruk.
  3. Jalan kebahagiaan - kejayaan hidup di dunia dan akhirat.
  4. Ibadat - urusan penghambaan dan penyembahan hamba terhadap tuhan yang menjadikannya.
  5. Warta berita umat purbakala - untuk menjadi cermin perbandingan umat Nabi Muhammad.