Rukun Islam

Setiap umat Islam mesti mematuhi 5 perkara asas dalam Islam yang dikenali sebagai Rukun Islam yang terdiri daripada lima perkara:-

  1. Mengucap dua kalimah syahadah dan menerima bahawa Tuhan (Bahasa Arab: Allah) itu tunggal dan nabi Muhammad s.a.w itu rasulNya.
  2. Menunaikan solat lima waktu sehari semalam
  3. Berpuasa pada bulan Ramadan.
  4. Membayar zakat - iaitu biasanya 2.5% jumlah simpanan untuk seorang kaya bekerja dalam perdagangan atau industri, dan 10% atau 20% hasilan tahunan untuk para petani. Wang atau hasilan ini dibahagikan di kalangan fakir miskin.
  5. Mengerjakan Haji bagi mereka yang mampu.

Islam ada ucapanNya – ada sembahyangNya – ada puasaNya – ada zakat fitrahNya – ada hajiNya dan ada MakrifatNya.

Maka dari itu hendaklah kita usol satu persatu – supaya kita dapat inti sariNya serta kehendak-kehendakNya dengan berpandukan Quran dan hadis Nabi.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kita fikir baik-baik – fikir seribu kali fikir – kalau tak berfikir ! ditakuti hanya dapat cakap-cakapNya dapat baca-bacaNya – barang yang kita kata – tidak jumpa.