Menggunakan tanah yang bersih dan berdebu. Jika kita sakit dan dinasihatkan oleh Doktor kita tidak boleh terkena air atau kita berada di suatu tempat yang tiada air. Maka kita bolehlah bertayamum untuk menggantikan wuduk.
Sabda Dari Rasulullah saw. beliau bersabda: "Manakala seorang muslim atau mukmin itu berwudhu, lalu ia membasuh mukanya, maka keluarlah dari mukanya itu semua dosa yang dilihat oleh matanya bersama air atau bersama titisan yang terakhir dari air. Manakala ia membasuh kedua tangannya, maka keluarlah (terusir) semua dosa yang tersentuh oleh kedua tangannya bersama air atau bersama-sama dengan titisan terakhir dari air. Manakala ia membasuh kedua kakinya, maka sirnalah semua dosa yang pernah dijalani oleh kakinya bersama air atau bersama titisan air yang terakhir, sehingga keluar (selesailah) dalam keadaan bersih dari dosa-dosa." (Hr Imam Muslim dari Abu Hurairah).
Fardu Tayamum
- 1. NIAT, Membaca niat sebelum bertayamum, tekan kedua tapak tangan di atas tanah yang bersih dan berdebu. "Nawaitut tayamumma liistibahatis solaah" ertinya "Sahaja aku tayamum kerana menguruskan sembahyang ".
- 2. MUKA, Menyapu muka dengan tanah yang bersih dan berdebu dengan sekali tepukan.
- 3. TANGAN, Menyapu tangan kanan hingga sampai ke siku dengan tanah yang bersih dan berdebu dari tepukan yang kedua kalinya, kemudian tangan kiri.
- 4. TERTIB, bermakna mengikut urutan atau turutan (dahulukan niat, muka kemudian tangan).
Syarat-syarat Tayamum
- 1. Sesudah masuk waktu sembahyang (sebelum masuk waktu tidak boleh bertayamum).
- 2. Sesudah berusaha atau berikhtiar mencari air tetapi tidak berjumpa atau air yang hendak digunakan terlalu sedikit ataupun cuma untuk minuman sahaja.
- 3. Sebelum melakukan tayamum hendaklah terlebih dahulu menghilangkan najis jika ada.
Sunat-sunat tayamum
- 1. Menghadap ke arah Kiblat.
- 2. Membaca "Bismillah hirrahman nirrahim".
- 3. Menipiskan debu di tangan.
Perkara yang membatalkan tayamum
1. Segala apa perbuatan atau perlakuan yang membatalkan wuduk maka akan batal juga tayamum.